Wednesday, February 11, 2009

Bukan mendahului...

Salam sahabat kepada semua rakan..
Sekadar coretan dan renungan buat semua rakan. Walaupun kami bergerak diperingkat Zon Hulu Terengganu, tidak bermakna rakan-rakan lain terasing di lokalan masing-masing. Kami menjemput dan berbesar hati kapada sesiapa yang mempunyai cadangan serta teguran membina supaya saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Tidak perlulah gusar dengan apa yang kami sedang lakukan kerana kami di Lokalan Hulu hanya membuka jalan kepada rakan lain bagi mengikuti kami. PEMANCAR Zon Hulu ini hanyalah baru setahun jagung jika dibandaingkan dengan lokalan lain. Jestru itu, kami amat berharap kepada abang-abang kami serta rakan yang berpengalaman luas supaya memberi sokongan serta tunjuk ajar supaya kami berupaya membaiki mana-mana kekurangan yang ada. Sebagai wakil semua rakan di lokalan Hulu Terengganu, saya menjemput semua rakan Ham yang berminat menyumbang atau memberi pandangan yang positif ke arah memajukan lagi Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Terengganu Zon Hulu Terengganu. Kami tidak bermaksud bagi mendahului mana-mana pihak, setiap yang kami lakukan hanyalah demi kepentingan kelab dan kepentingan bersama-sama rakan lain khasnya. Kami mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang bakti dalam melahirkan 9M4RBG yang penuh dengan cubaan dan dugaan ini. Memetik kata 9w2PBB, "9M4RBG baru sahaja lahir, belum pun lagi merangkak, jadi perjalanan masih lagi jauh..".

2 comments:

Anonymous said...

hi......

budak-kom said...

bagaimana nak mendahului kalau kita baru belajar nak meniarap..jangan ke berlari atau merangkak atau berjalan, meniarap pun baru nak belajar...banyak benda yang baru nak d tempuh..yang penting adalah mencari kenalan seramai mungkin kerana walaupun tidak kenal, rakan ham akan bertegur sape kerana antenna di kereta @ jalopi masing masing...boleh tak kalau ada rakan kita mencadangkan bagaimana sekiranya kita bertembung dengan jalopi lain dan kita ingin kenal antara satu sama lain...mungkin bunyi hon yan panjang atau macam mana...kalau geng 3, orang kata mereka akan membunyikan hon sekiranya terjumpa antara satu sama lain..jadi mereka akan tahu mereka d sapa ahli geng 3...jadi bagaimana caranya pula bertemu rakan ham...

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template