Thursday, May 21, 2009

KENALI APA ITU APRS

Apa itu APRS? | APRS MAPS
APRS adalah singkatan kepada Automatik Position Report Sistem, ia adalah satu corak komunikasi digital yang dibangun oleh Ham radio. Ianya menggunakan mode digital yang dipanggil paket radio.

ISS pun menggunakan sistem paket radio ini juga untuk menghantar APRS nya atau becon nya ke bumi.

Audio didalam mode ini boleh didengari dengan klik disini.

Pada lazimnya, APRS amat berkait rapat dengan penggunaan GPS. Ini kerana APRS memerlukan Longtitut dan Latitud untuk menuntukan satu satu kedudukan sesebuh station atau pun objek. Bagi station yang terhad kewangannya dan tidak mampu memiliki GPS sistem, dengan menggunakan internet dan prorgam google erth kita juga boleh mendapatkan longtitud dan latitut lokasi yang kita perlu.

Bagaimana ia berkerja?

Terdapat beberapa software yang percuma yang boleh di download dari internet. Antaranya yang popular adalah ui-view dan uiiss. Dengan menghantar becon kepada server ARPS, callsign kita akan muncul di peta dunia sebagai station radio amator, repeater dan sebagainya.

untuk melihat contoh, sila pegi layari http://aprs.fi/info/9W2KEY-9 dimana itu adalah data bagi lokasi terakhir yang dipancarkan oleh 9W2KEY-9. 9W2KEY-9 itu merupakan satu station mobile yang memancar di 144.390Mhz dimana 9W2KEY-3 adalah sebuah digipeter yang menghantar dan menerima becon melalui radio. Kemudian retransmitnya ke internet.

Apa yang boleh dibuat dengan APRS?

Selain menerima dan menghantar becon, APRS ini juga boleh menghantar dan menerima text message dan menghantar email melalui digipeter. Email boleh dihantar walaupun 9W2KEY-9 tidak mempunyai sambungan internet semasa bermobile. Selain daripada itu, station yang aktif dan monitor di APRS boleh mengetahui keadaan cuaca disekitarnya melalui WX station yang ada di APRS. Kejadian gempa bumi, ribut dan sebagainya akan dilaporkan oleh WX station ke dalam sistem APRS.

Kenapa ada -3 dan -9 dan sebagainya?

Ini dinamakan sebagai SSID utk kegunaan dalam APRS, berikut disenaraikan SSID yang terdapat didalam APRS:

-0 Home Station, Home Station running IGate.
-1 Digipeater, Home Station running a Fill-In Digi, Wx Digipeater
-2 Digipeater [#2 or] on 70CM
-3 Digipeater [#3]
-4 HF to VHF Gateway
-5 IGate (Not home station)
-6 SatGates & Special function Station.
-7 Kenwood D7 HH
-8 Secondary Mobile station.
-9 Primary Mobile station.
-12 Portable Units such as Laptops etc.
-14 Trucks
-15 Mobile HF station.

Contoh:

9W2KEY-3
Maksudnya 9W2KEY-3 ini ialah Digipeater, yg mana akan menghantar becon dan traffic ke RF, contoh di frequansi 144.390MHz

9W2KEY-9
Maksudnya 9W2KEY-9 tengah mobile dan menghantar beconnya ke 144.390MHz, jadi kedua2 station ini akan berhubung di 144.390MHz. Mana-mana station yang monitor di frequansi tersebut boleh laa mengesan dan mengetahui dimana mobile station itu berada sekarang. Selain monitor melalui RF, mana2 station yg monitor melalui internet pun boleh juga monitor dan trace kedudukan 9W2KEY-3. Tetapi mana-mana station yang monitor di 144.930 hanya boleh mendengar paket radio sahaja dan tidak akan memahami apa pun kerana bunyinya yang agak pelik seperti audio diatas tadi.

Bagaimana APRS berkerja?

Ia adalah gabungan antara komputer, interface dan radio. Komputer akan generet audio untuk paket mode berdasarkan maklumat yang ada dalam sistem. Interface akan mengawal TX/RX dan RIG akan menggunakan RF untuk menerima dan manghantar audio paket tersebut.

Apabila dua station disetkan pada seting yang sama dan frequansi yang sama, maka kedua-dua station itu dapat brehubung antaranya dengan menggunakan RF. Station yang ada sambungan internet boleh bertindak sebagai Digipeater yang mana akan menerima signal dan audio dari station yang tidak mempunyai internet dan menhantarnya kembali becon tersebut ke internet.

Contohnya, 9W2KEY-9 adalah station APRS didalam kereta. Dalam kereta tersebut terdapat laptop, interface dan RIG ICom V8. RIG bekerja di 144.390MHz, dan telah menghantar becon ke 144.390MHz yang mana digipeater pun bekerja pada frequansi yang sama. Maka dengan itu seluruh dunia dapat monitor dan trace lokasi terkini 9W2KEY-9.

Apa perkakasan yang diperlukan?

Nantikan sambungan artikel ini, jika berminat sila respon. Jika ada soalan sila majukan, insyaAllah saya akan cuba menjawapnya sekadar yang termampu.

Baiklah, terima kasih kerana sudi membaca dan sudi utk belajar tentang apa yang saya tahu serba sedikit ini. Bukan niat nak menunjuk-nunjuk pandai tetapi ingin berkongsi dgn rakan2 semua.

Berikut adalah image yg saya ambil pada jam 3.39pm pada 25 July, 2008. Dalam peta tersebut tertera callsign-callsign station yang aktif dalam APRS pada masa itu.



Apa perkakasan yang diperlukan?

Untuk permulaannya, apa yang anda perlukan adalah komputer dan sambungan internet. Jika anda ingin menggunakan Gateway yang disediakan oleh Digipeater2 yang tersedia ada, anda hendaklah mempunyai komputer + Interface + radio. Kemudian seting frequansi radio mengikut Digipeater tersebut. Maklumat lanjut akan saya berikan pada artikel yang akan datang.

Macam mana nak mulakan?

Sebagai permulaan, kita bermula dengan asasnya dahulu. Iaitu APRS-IS (Automatic Packet Reporting System-Internet Service) ia menggunakan internet semata-mata tanpa memancar keluar signal melalui radio.

Sila download software UI-View32 di http://www.ui-view.org/ ia merupakan software percuma. Tetapi kena daftar tanpa sebarang bayaran. Sila daftar software itu di http://www.apritch.myby.co.uk/uiv32.htm dan klik di bendera England dibawah tajuk UI-View32 Registration - APRS. Kemudian masukkan callsign dan nama anda dan klik butang Register Ui-View32. Sila bookmark page tersebut untuk memeriksa status pendaftaran anda dalam masa 1 hingga 7 hari. Pada kebiasaannya pendaftaran tersebut akan siap dalam masa 1 hari sahaja bergantung kepada traffic di server tersebut. Tiada email yang dihantar untuk proses pendaftaran ini, oleh sebab itulah saya mencadangkan agar bookmark page ini.

Selepas install dan runing ui-view sila masukkan registration number yang terdapat pada website tadi. Sila guna server APRS thailand-b.aprs2.net port 14501 untuk memasukkan nama server tersebut sila baca arahan dan cara2nya yang terdapat dalam software ui-view dengan menekan butang F1. Selain server APRS tersebut, pada kelazimannya ramai juga yang menggunakan server saitama di Jepun.

Jangan lupa, masukkan longtitud dan latitut lokasi anda sebelum menyambung ke APRS Server. Masukkan juga Comment Becon dari station anda untuk dihantar ke server.

Selepas semunya OK, maka penyambungan ke server boleh dilakukan sekarang. Dan anda boleh melihat callsign-callsign yang aktif dalam APRS pada peta dunia yang telah sedia ada dalam ui-view.

Peta untuk Asia, Semenanjung Malaysia, Malaysia+Thailand+Indonesia dan Malaysia+Thailand ada dalam simpanan saya. Sila email kepada saya untuk mendapatkan pakej-pakej peta tersebut, email saya ialah 9w2key at amsat.org atau 9w2key at arkb.org.my (Sila tukarkan "at" kepada simbol @ ini adalah untuk mengelak daripada SPAM)

Live APRS-IS boleh didapati di http://www.aprs-is.net/javalive.aspx Perlu diingat "This page requires Java to be enabled in your browser"

Kenwood TM-D710A

Kepada pemilik gajet ini adalah menjadi satu kerugian sekiranya anda tidak tahu menggunakan APRS. Ini kerana gajet ini telah built in APRS. Built-in TNC 1K2/9K6, APRS and Twin RX. Saya sendiri tidak pernah menggunakannya, mahal woooo. Tetapi rakan saya ada memilikinya dan menggunakannya untuk APRS. Sila rujuk User Manual bagai mana menggunakan atau mengaktifkan APRS di gajet ini. Sekiranya tiada, sila donwload di http://www.rigpix.com/kenwood/tmd710ae_manual.pdf

http://aprs.fi/info/9W2TAR-9 <-- station yang menggunakan TM-D710A. Gajet ini memerlukan Digipeater untuk berfungsi sepenuhnya dalam sistem APRS.

Apa radio yang 9W2KEY guna?

Untuk pengetahuan anda semua, saya hanya menggunakan ICom V8 + Interface + Komputer + Internet (untuk bertindak sebagai digipiter)

Komputer + Interface + ICom V8 (untuk bertindak sebagai clien APRS)

Ada soalan?

Ok, ada faham ka? ada apa2 persoalan dan pertanyaan? sila reply post ini. InsyaAllah saya akan sambung lagi penerangan demi penerangan untuk meramaikan lagi dan memeriahkan lagi dunia APRS ini di Malaysia.

untuk mengelakkan station kita menerima banyak becon yang entah apa2, kita juga boleh masukkan filter utk menapis becon yang datang.

Caranya:

Klik Setup > APRS Server Setup

Extra Log-on test masukkan: filter a/55/64/-10/178/9M/9W d/RS0ISS/RS0ISS-3/RS0ISS-11/RS0ISS-4 d/PCSAT*

Kemudian tekan OK



filter a/55/64/-10/178/ <-- untuk lokasi kawasan asia
/9m/9w <-- masuknya semua station yg bermula dng 9w dan 9m akan muncul di screen
d/RS0ISS/RS0ISS-3/RS0ISS-11/RS0ISS-4 d/PCSAT* <-- untuk semua callsign2 ISS dan PCsat yg aktif

ok sekarang kita belajar pulak macam mana nak menerima, menghantar dan membaca msg yg ada dalam APRS.

mula2 untuk membaca msg yg dihantar, yg lepas2 pun boleh dibaca jugak. Sila ke http://www.findu.com/cgi-bin/msg.cgi?call=9w2azv yang bewarna hijau adalah msg diterima oleh station tersebut. yg merah adalah yang dihantar keluar oleh station itu. Sila tukar callsign dibelakang url itu untuk mambaca msg station2 yang lain.

Contohnya http://www.findu.com/cgi-bin/msg.cgi?call=9w2key-9 untuk membaca msg yg saya hantar dan saya terima di kereta saya.

Untuk menghantar msg sila tekan Message di ui-view kemudian di To taip kan callsign station yg nak kita hantar msg.

Di Port masukkan I (for Internet) masukkan 1 untuk station yg menggunakan Digipeater.

Tinggalkan kosong diruangan Digi.

Masukkan text atau msg yg hendak di hantar kepada callsign dan tekan enter.

Sila tukar setting di msg box anda untuk menghantar msg ARPS, sila rujuk kepada img berikut:



Msg yang anda hantar saya tidak terima kerana Port 1 adalah untuk penggunaan interface ke RIG, sedangkan anda menggunakan port internet. Untuk penggunakan Port Internet, sila tukarkan Port 1 kepada Port I. QSL?

saya dah cek u punya msg tak sampai pun kepada station yang u hantar msg tersebut. Cuba cek di url: http://www.findu.com/cgi-bin/msg.cgi?call=9w2azv semua msg u bertanda hijau. Maksudnya msg itu adalah msg yg dihantar oleh other station to u. From u, no msg out. Kalau msg out dia mest bertanda merah.

Selamat mencuba, selapas hantar msg sila cek msg status

Menghantar Email:

Untuk menghantar email dari APRS Message, di ruangan To: (Iaitu biasanya kita masukkan callsign station yg nak kita hantar msg) kita masukkan perkataan EMAIL.

Diruangan TEXT: (Biasanya kita masukkan message yg nak dihantar) kita masukkan dulu email address diikuti dng short message yg nak dihantar.

Tekan Enter.

Anda akan menerima respon daripada WU2Z yg mengatakan: EMail message delivered OK. WU2Z adalah station yang relay msg email daripada APRS kepada email accountnya iaitu: ksproul@rci.rutgers.edu

Contoh:

APRS Msg dari 9W2KEY-9
To: EMAIL
TEXT: 9w2key@amsat.org hi there, how do u copy me? 73

WU2Z: EMail message delivered OK.

Email yg diterima adalah seperti berikut:

From: ksproul@rci.rutgers.edu
Subject: APRS Message from 9W2KEY-9
To: 9w2key@amsat.org
Msg:

hi there, how do u copy me? 73
--------------------------
Message received by MacAPRS IGate station WU2Z
Located in NO BRUNSWICK, NJ
APRS path = 9W2KEY-9>CQ,WIDE1-1,WIDE1-2,qAR,9W2KEY-3

APRS path adalah punca dari mana 9w2key-9 ini menghantar msg dan beconnya. Path macam ni adalah daripada digipeater 9W2KEY-3.

Membalas Email:

Untuk membalas email tersebut, hendaklah tau alamat email sipengirim. Kita tidak boleh reply email ini, kerana dng menekan butang reply, email tersebut akan sampai kepada WU2Z dan bukan kepada sipengirim.

Oleh yang demikian, saya sarankan supaya anda mempunya data dan rekod didalam QRZ.com untuk memudahkan mana-mana station menghubungi anda. Sila daftar callsign anda di www.qrz.com

Kembali selepas ini dengan topik DIGIPEATER

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template