Sunday, October 25, 2009

Terimakasih Rakan PUTRA!!!



Bergambar dihadapan pintu masuk Air Terjun Sekayu...

Bergambar di monumen Batu Bersurat, Kg. Buluh.

Maap rakan-rakan, dua keping gambar dulu yer... heheh...
Harap bersabar....












Sunday, October 4, 2009

Kod etika..Bersama kita sematkan dalam diri...

Kod Etika Radio Amatur

1. Amator Radio Berjiwa Perwira.
Secara sedar ia tidak akan menggunakan udara untuk kesenangan peribadi sedemikian rupa sehingga mengurangi kesenangan ataupun menyusahkan orang lain.

2. Amator Radio adalah Setia
Ia mendapat izin amator dari pemerintah kerana organisasinya dan akan setia dan patuh kepada negaranya dan organisasinya.

3. Amator Radio adalah Progresif
Ia selalu sesuaikan stesen radionya selaras dengan ilmu pengetahuan kini. Ia membuatnya dengan baik dan efisien dan menjaganya dengan bersih dan teratur.

4. Amator Radio adalah Ramah Tamah
Jika diminta, ia akan menghantar berita dengan perlahan dan sabar. Kepada yang kurang berpengalaman ia akan memberi nasihat, bantuan dan pertimbangan secara ramahtamah.

5. Amator Radio adalah Berjiwa Seimbang.
Radio merupakan hobinya, ia tidak akan membenarkan hobinya mempengaruhi kewajipannya terhadap rumahtangga, pekerjaan, persekolahan atau masyarakat sekitarnya.

6. Amator Radio Patriotik
Ia selalu siap sedia dengan pengetahuan dan stesen radio untuk mengabdikan kepada negara dan masyarakat.


* Dipetik dari webblog Cg. Amir ( http://9w2aam.blogspot.com/ ) untuk renungan kita bersama.

Sambutan Lawatan Muhibah Rakan Pasir Putih ke PEMANCAR

Tarikh: 16 hingga 17 Oct 2009

Tempat : Tapak Perkhemahan Perhutanan Sekayu

Jangkaan Peserta: 50 orang

Mana-mana rakan yang berminat untuk bersama dalam Ahli Jawatankuasa Sambutan Lawatan Muhibah Rakan Pasir Putih nanti berhubung terus dengan 9w2czc (En. Zainal : 0148018962)...
Rakan-rakan HEM terutama dari PEMANCAR dipelawa terlibat sama dalam menjayakan aktiviti ini...Terima kasih.

* Ini adalah info yang didapati setakat ini..

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template