Wednesday, April 28, 2010

REMAJA YANG DICARI


Seorang Remaja yang didapati hilang diri rumah.
Remaja ini berasal dari mengabang telipot kuala Terengganu.
sekarang ini dikatakan berada dikawasan jerangau dan landas.
mana-mana rakan yang menjumpainya boleh menghubungi talian
yang tertera di atas.

Tuesday, April 27, 2010

PROGRAM KAYUHAN MUHIBBAH PEMANCAR



Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Zefri Halime, 9W2EPY 019-987 0488,Mari lah kita beramai-ramai memeriahkan serta menjayakan program rekreasi "Kayuhan Muhibbah Pemancar" yang akan dianjurkan pada 1 Mei 2010 ini.
Sekian untuk makluman, terima kasih.

PERJUMPAAN AHLI PEMANCAR ZON HULU TERENGGANU

Dijemput kepada semua ahli PEMANCAR Zon Hulu Terengganu untuk menghadiri perjumpaan yang akan diadakan pada:

Tarikh : 30 April 2010 (Jumaat)
QTR : 21.00
QTH : Balairaya Kampung Butut

Diharapkan kepada semua rakan tidak mengQRLkan diri...
Sekian Terima Kasih.......

Monday, April 26, 2010

RAE Kembali Lagi.....

Permohonan untuk Peperiksaan Radio Amatur sesi 2-2010 telah pun di buka, sila rujuk pada lampiran di bawah.
Tarikh Peperiksaan : 30 Jun 2010 - Rabu - Jam : 1400 ptg
Tarikh Tutup penyerahan borang : 14 Mei 2010 - Jumaat - Jam : 1700 ptg
No Siri Peperiksaan : RAE 2010-2
Sila tuliskan nombor siri peperiksaan di sudut atas sebelah kiri sampul surat anda. Yuran peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) dan perlu dijelaskan melalui Kiriman/Wang Pos atau Deraf Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan atas nama “SURUHANJAYAKOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA” dan mestilah dikepilkan bersama borang permohonannya. Permohonan yang disertakan dengan lain-lain kaedah pembayaran akan ditolak.Jumlah calon adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada permohonan awal yang diterima.Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui laman web rasmi SKMM dan melalui pos selewat-lewatnya 7 hari sebelum hari peperiksaan dilangsungkan.

sila download borang permohonan di http://www.skmm.gov.my/link_file/Admin/WhatIsNew/CCD10/RAE_01_2010.pdf

Sunday, April 25, 2010

UCAPAN TANIAH KEPADA PM

Saturday, April 24, 2010

KONVOI MUHIBAH KE CM DAN GUA MUSANG

Semua Rakan Ham Kuala Berang.
Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Radio Amatur Dan Rekreasi
Terengganu akan mengadakan konvoi Muhibah ke Gua Musang
dan seterusnya ke Cameron Highland pada 29 hingga 1 Mei
2010.

Mana-mana rakan yang ingin menyertai boleh berhubung dengan
wakil Daerah Kuala Terengganu atau melalui wakil daerah Hulu
Terengganu 9W2PPT.

sekian untuk makluman semua

GANGUAN PANCARAN 9M4RBG

Adalah dimaklumkan bahawa Repeater 9M4RBG tidak dapat
berfungsi sementara kerana antenna untuk penghantaran
patah dan kerja-kerja penyelenggaraan akan dilakukan
pada 25.4. 2010.

Para pengguna atau rakam ham boleh QSY ke mana-mana
repeater samada 9M4RBJ atau 9M4RBT atau 9M4RBA

Sekian harap maklum

KELAHIRAN WARGA BARU DI 9M4RBG

Sekalung Taniah kepada 9W2YMN yang telah mendapat
cahaya mata baru dengan CM1 pada jumaat lalu
Cahaya mata YM. moga-moga bertambah warga HAM
di Lokalan Bandar Empangan Laluan Ulu Terengga
(B.E.L.U.T)

Friday, April 16, 2010

JAWATAN KUASA INDUK 2010-2012

Untuk makluman kepada semua, Mesyuarat Agung Pemancar telah berjaya diadakan
dan berlangsung dalam suasana yang cukup baik disamping itu juga mempamerkan
keutuhan persahabatan di kalangan ahli.

Sekalung perhargaan dan tahniah kepada kepimpinan PEMANCAR yang baru, di ketuai oleh Cikgu Sabri - 9W2CRI selaku Presiden Pemancar bagi penggal 2010 - 2012.

Presiden : 9W2CRI - Cikgu Sabri
Naib Presiden : 9W2WSY - Wan Shukri
Setiausaha Agung : 9W2UMT - Fadli
Bendahari : 9W2KTJ - Puan Nani ( XYL kepada 9W2KTB )

Ajk Induk
1 - 9M2MSL - Shukri
2 - 9W2CZC - Zainal
3 - 9W2WSN - Ariff
4 - 9W2JYA - Puan Linda
5 - 9W2BHT - Hamdan
6 - 9W2BAL - Iqbal
7 - 9W2EPY - Epy

Pengerusi ZON - DUNGUN : 9W2DMM - Fandi
Pengerusi ZON - KUALA BERANG : 9W2PPT - Pak Zul
Pengerusi ZON - KUALA TERENGGAN : 9W2SPR - Mizam
Pengerusi ZON - KEMAMAN : TBA
Pengerusi ZON - BESUT : TBA
Pengerusi ZON - SETIU : TBA

Wednesday, April 14, 2010

CAPAIAN REPEATER 9M2RBG

Berita baik untuk rakan-rakan.

Capaian yang terbaik 9M4RBG dapat capai oleh 9w2UTM
Radas digunakan :TM271- Kenwood antenna homebrew doudle Z
Base station Pasir Mas Kelantan

9w2RXX - Bera Pahang
Antenna Tinggi 60 Kaki
Watt 50

Friday, April 9, 2010

UCAPAN TAKZIAH

Ucapan takziah kepada 9W2MPN di atas pulangnya ke rahmatullah bonda
beliau pada tengahari tadi. Kami rakan-rakan mengharapkan 9W2MPN
tabah menghadapi dugaan dari Allah. Kami hadiahkan Surah Al Fatihah
kepada Bonda beliau semoga rohnya dicucuri rahmat Allah

Dari Warga Ham Zon Hulu Terengganu

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template