Sunday, March 28, 2010

PROGRAM 2METERNET

Satu Program 2meternet akan diadakan sebagaiman berikut:

Hari Jumaat: 2 April 2010
Jam : 9.30 malam
Tempat : Pancar Ulang 9M4RBG

Semua Rakan-rakan dijemput menyertainya

Thursday, March 11, 2010

Bandplans Amateur IARU Region

http://www.hflink.com/bandplans/

GEMPA DITASIK KENYIR

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah yang berlaku di empangan Kenyir semalam mungkin mempunyai kaitan dengan kejadian yang sama di kawasan itu lebih 20 tahun lalu atau proses pelepasan gas tektonik.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas, berkata Kenyir dilanda gempa bumi kekuatan 4.6 pada skala Richter sekitar 1980 an ketika proses pengisian air empangan berkenaan.
Semalam, satu gempa bumi berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku di situ, berpusat 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu. "Jadi gempa bumi yang berlaku semalam mempunyai dua kemungkinan, sama ada disebabkan kejadian empangan 20 tahun lalu, ataupun proses pelepasan gas tektonik dari garis sesar ataupun garisan gempa bumi Terengganu," katanya ketika dihubungi hari ini

"Kes semalam adalah kes yang pertama selepas tahun 80-an, dan kita akan bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian semalam," katanya.

Rosaidi berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana gempa bumi berskala 2.6 dianggap lemah. - Bernama

UCAPAN TAKZIAH



1. Ucapan Takziah kepada 9W2CDZ di atas kembalinya bapa
mertua kerahmatullah pada 10 Mac 2010. Marilah kita sama
sama sedekahkan Sekalung Al Fatihah. Semoga Rohnya
ditempatkan dikalangan orang-orang yang berimam.

2. Atuk kepada XYL 9W2SYW juga telah pulang ke erahmatullah
pada 10 Mac 2010. Marilah kita sama sama sedekahkan
Sekalung Al Fatihah. Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan
orang-orang yang berimam.

Saturday, March 6, 2010

PROGRAM AMAL PEMANCAR ZON KUALA BERANG






href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmSoTe5rSlc-oPrHnrbEN3cb9Crg9mkAXiEhK-xpFfVc6yqqZHPvdkcg75X-Noina53inAkEDRIqujJP3tmMVPxBPG5oWBtvgyB-dVXVY-BIMkYMKntIQHTB-eStQrPeJ1IqrtJV3x1omU/s1600-h/IMG-amal.jpg">


Para penghuni Taman Hidayah Kampung Machang, Ajil Hulu Terengganu
terdiri Ibu Tunggal Warga Emas

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template