Monday, April 26, 2010

RAE Kembali Lagi.....

Permohonan untuk Peperiksaan Radio Amatur sesi 2-2010 telah pun di buka, sila rujuk pada lampiran di bawah.
Tarikh Peperiksaan : 30 Jun 2010 - Rabu - Jam : 1400 ptg
Tarikh Tutup penyerahan borang : 14 Mei 2010 - Jumaat - Jam : 1700 ptg
No Siri Peperiksaan : RAE 2010-2
Sila tuliskan nombor siri peperiksaan di sudut atas sebelah kiri sampul surat anda. Yuran peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) dan perlu dijelaskan melalui Kiriman/Wang Pos atau Deraf Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan atas nama “SURUHANJAYAKOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA” dan mestilah dikepilkan bersama borang permohonannya. Permohonan yang disertakan dengan lain-lain kaedah pembayaran akan ditolak.Jumlah calon adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada permohonan awal yang diterima.Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui laman web rasmi SKMM dan melalui pos selewat-lewatnya 7 hari sebelum hari peperiksaan dilangsungkan.

sila download borang permohonan di http://www.skmm.gov.my/link_file/Admin/WhatIsNew/CCD10/RAE_01_2010.pdf

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template