Thursday, January 22, 2009

Komunikasi dalam menyelamat

Jaringan komunikasi yang pantas dan efektif amat diperlukan, malah
menjadi faktor yang amat penting dalam penyelarasan mana-mana
operasi sekalipun terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman
yang mana interaksi menerusi talian telefon sukar diperolehi.
Kepentingan Komunikasi Efektif Dalam Operasi Pemantauan,
Penguatkuasaan, Pencarian dan Menyelamat
1. Komunikasi efektif memudahkan operasi pemantauan dan
penyaluran lapuran secara pantas dan terkini.
2. Memudahkan pergerakkan pasukan pemantauan dan
penguatkuasaan kepada beberapa kumpulan ke lokasi-lokasi
berbeza secara serentak.
3. Memudahkan pihak urusetia penyelaras dalam memantau
lokasi pergerakan pasukan terlibat.
4. Memudahkan panggilan kecemasan dan mempercepatkan
gerakkan bantuan sokongan dilakukan.
5. Memudahkan komunikasi antara anggota pasukan yang
sedang dalam misi khas.
6. Membolehkan lapuran semasa dibuat dengan lebih kerap dan
efektif antara lokasi misi dengan bilik kawalan.

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template