Wednesday, January 28, 2009

Lawatan ke Bukit Durian Tarus

27/1/2009, Ahli-ahli yang berkelapangan telah berkesempatan mambuat pembaikan dan servis pancarulang 9m4rbg di Pusat KO Paya Besar. Tanpa perancangan, kami mengambil keputusan berekspedisi ke Bukit Durian Tarus. CZC,BRT,RSO,WSN, Man bagus dan Yus bertolak tepat pukul 12.30 dari Kg. Kua menuju ke Bukit Durian Tarus. Terima Kasih dan sekalung penghargaan kepada WSN kerana berkesudian menggunakan Ford Ranjernya menjayakan ekspedisi kali ini. Hanya mengambil masa 30minit, kami berjaya sampai ke puncak Durian Tarus yang suasana dinginnya menyamai jalan naik ke Cameron Highland!!!
WSN sempat menembak ke Bintang dan berQSO dengan rakan disana serta membuat pemeriksaan audio. 5-8 begitulah laporan signal dari rakan-rakan dibintang. Terima kasih kepada rakan semua. Kita bersama perlu menjayakan impian menaikkan repeter di Bukit Durian Tarus!!! Lebih kurang pukul 1.30 petang kami bertolak pulang dan sampai dirumah abang Man di Kg. Kua pada pukul 2.00 petang serta dijamu sedikit juadah untuk diisi kerana perut masing-masing yang mula berdandut. Terima Kasih semua rakan!!!

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template