Sunday, February 8, 2009

PENGUMUMAN



Salam keluarga buat keluarga..
Warga Ham Hulu Terengganu mengucapkan ribuan Terima kasih kepada semua rakan kerana berkesudian berQSO bersama di 9m4rbg. Selama 5 hari pancar ulang beroperasi bagi pengujian dari hari Selasa (3/2/2009) hingga hari Sabtu (7/2/2009) ia telah menunjukkan prestasi yang baik. Terima kasih kepada rakan di Paka, Pasir Putih, Kuala Terengganu serta rakan-rakan yang bermobile bagi memberikan ujian pancaran sepanjang 4 hari tersebut.
Disini juga, kami ingin mengumumkan bahawa Pengulang 9M4RBG sedang diselenggara buat
sementara waktu dan kami belum dapat pastikan bila ia akan beroperasi. Kami akan memaklumkan bila proses selenggaraan kedua ini selesai. Tujuan selenggara ini adalah bagi memperbaiki sedikit lagi kelemahan yang dikesan sepanjang ujian yang telah dijalankan. Diharapkan rakan-rakan bersabar dan sentiasa mengikuti perkembangan 9m4rbg di webblog ini. Sekian terima kasih... sayonaraaaaa.....





0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template