Sunday, February 15, 2009

Tahap pancaran 9M4RBG



Berikut merupakan tahap pancaran 9m4rbg dengan bermobile sehingga 15/2/2009:

1. Seluruh daerah Kuala Terengganu kecuali tempat-tempat yang kurang menguntungkan seperti kawasan Bukit Besar dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.
2. Sebahagian daerah Dungun sehingga ke Paka.
3. Sebahagian Daerah Setiu dari Guntung sehingga ke Saujana, serta kawasan pantai Penarik dengan kuasa pancaran Mid.
4. Seluruh Daerah Hulu Terengganu kecuali sesetengah tempat yang dilindungi bukit seperti di kawasan Sg. Berua dan Bukit Kepah.
5. Sebahagian kawasan Bukit besi sehinggalah ke Durian Mas dengan kuasa pancaran mid.

Berikut merupakan tahap pancaran 9m4rbg dari base station:
1. Paka dengan kuasa pancaran low ataupun mid low. (9w2dmm, 9w2fql)
2. Pasir Putih dengan kuasa pancaran mid. (Pak Rashid)
3. Kuala Terengganu dengan kuasa pancaran low. ( 9w2pbb, 9w2veb, 9w2yay, 9w2chk )
4. Gong Kenok dengan kuasa pancaran low atau mid low.
5. Cubaan memancar dari rakan di Pengkalan Chepa, audio dapat dicopy sekejap sahaja. (9w2rcm,Pok Su In)

Diharapkan dalam masa sebulan ini kita akan mendapatkan seberapa banyak ujian memancar dari rakan-rakan bagi mengetahui kawasan liputan 9m4rbg ini. Sekiranya perlu, bolehlah dipertimbangkan bagi menguatkan lagi kuasa pancaran 9m4rbg kerana setting terkini semuanya masih lagi diperingkat low dan tidak ditingkatkan lagi. Semoga dengan sokongan rakan-rakan kita dapat mendekatkan serta menghubungkan rakan-rakan ham dari serata Terengganu serta Kelantan dan Pahang sekiranya mampu memancar.

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template