Tuesday, January 18, 2011

PROGRAM AMAL KE RUMAH ANAK YATIM PIATU 9 BERADIK DI BESUT


Satu Program Amal Ke Besut telah diadakan pada hari sabtu, 15hb Januari 2011 yang disertai sebanyak 72 buah kereta, 4 buah motorsikal dan 1 buah bas.
Peserta dari Paka telah bergerak pada pukul 8.30 pagi, manakala dari Hulu Terengganu berkumpul di depan Sekolah Kebangsaan Telaga, Kuala Berang pada pukul 8.00 pagi.Peserta dari Kuala Terengganu telah berkumpul di persimpangan Sg. Tong-Kuala Berang pada pukul 8..00 pagi.
Konvoy telah bergerak dengan 2 kumpulan dengan satu kumpulan mengiringi Yayasan Diraja Sultan Mizan dan satu kumpulan lagi menyertai Konvoy bersama-sama rakan dari Paka.
Kumpulan pertama yang mengiringi Yayasan Diraja Sultan Mizan telah sampai di Kg. Jebak Puyuh tepat pada pukul 10.00 pg, manakala kumpulan kedua konvoy yang bergerak bersama rakan-rakan dari paka sampai tepay pada pukul 12.30 tgh.
Antara yang telah menyertai Program Amal ini adalah:
1. Yayasan Diraja Sultan Mizan
2. PEMANCAR & HRC Dungun
3. Kelab Motosikal Honda Klasik Terengganu
4. C.A.T ( C.A.T Cukai Adventure Teams )
5. POLITEKNIK DGN ( PSMZA )
6. ASTRA Pantai Timur
7. TURTLE CREWS
8. Polis Diraja Malaysia ( IPK Terengganu - IPD Dungun )

Sekalung tahniah kepada semua rakan-rakan sekalian yang menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung!!!! Semoga amal yang kita lakukan diterimaNya... Amin....

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template